Peningkatan kadar rompakan waktu siang di Malaysia semakin menjadi-jadi. Lebih menakutkan jika rompakan tersebut melibatkan senjata tajam yang boleh mengakibatkan kecederaan.

Dirompak atau merompak, bukanlah satu perbuatan yang menghiburkan jika didengar, namun berlaku kejadian dua orang penyamun yang membatalkan niat mereka untuk merompak kerana menyangka rumah tersebut telah dipecah masuk hasil daripada pemerhatian bahawa rumah yang sangat bersepah.


Dalam kejadian yang berlaku pada 24 April, 1 petang itu, kedua-dua penyamun dikatakan keliru dengan keadaan rumah yang bersepah dimana barangan dalam rumah sangat berselerak. Terlalu banyak barangan yang tidak tersusun di atas lantai, ruang tamu, malah di atas tilam sekalipun.

Menurutu pemilik rumah berkenaan, Ang berumur 77 tahun, dia melihat sebuah kereta putih diletakkan dihadapan rumahnya sebelum terserempak dengan kedua-dua pencuri yang cuba melarikan diri.


Perompak terbabit sempat bertanyakan pada Ang, "Ini rumah awak ke?", sebelum mereka melarikan diri.

Menurutnya lagi, ini bukan kali pertama rumahnya dipecah masuk, pernah berlaku beberapa kali sebelum ini. Ang juga tidak suka mengemas barang dan tidak menyimpan barangan berharga di rumah.