Video gelagat cimpanzi leka scroll Instagram viral minggu lepas sehingga mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Kebanyakan daripada mereka memberi respon terkejut dengan kebolehan cimpanzi itu.



Antara respon pengguna yang terkejut dengan kebolehan cimpanzi





Saya sangat kecewa...

Dalam ramai yang terpersona dengan kebolehan cimpanzi itu, Dr Jane Goodwall, seorang pakar cimpanzi terkenal mengkriktik rakaman video tersebut dan mempersoalkan cara penjagaannya yang didakwa tidak sesuai.

"Saya sangat kecewa melihat video tersebut. Cimpanzi adalah haiwan sangat sosial, bijak dan mempunyai emosi yang kompleks seperti manusia. Ia seharusnya dijaga dengan baik," katanya yang menyifatkan rakaman video tersebut sebagai 'sangat bermasalah'.

Rakaman video tersebut dimuat naik Mike Holston yang menggunakan akaun @therealtarzann yang mempunyai 5.3 juta pengikut dan menggambarkan dirinya sebagai aktivis pemuliharaan dan pendidikan haiwan.